Cara Mencuci atau Dressing Luka

Umumnya rawatan dressing selepas pembedahan adalah untuk memastikan :

  • Luka operasi dapat sembuh dengan sempurna
  • Meminimalkan kesan sampingan luka (i.e. parut)
  • Mengelakkan dari jangkitan kuman

Namun begitu, kegagalan untuk memastikan dressing diteruskan sehingga luka operasi benar-benar pulih juga boleh mengakibatkan:

  • Pembedahan semula atau rawatan susulan terpaksa dilakukan
  • Gejala jangkitan luka operasi seperti gatal, kemerahan, nanah, dll.


Oleh itu, anda amat disarankan untuk mengikuti langkah dibawah untuk dressing luka:

1️⃣ Guna SATU gauze/kapas kepada satu cucian

2️⃣ Cuci luka dari kawasan capaian yang jauh ke kawasan yang dekat

3️⃣ Cuci dari kawasan bersih ke kawasan kotor (disini, kawasan luka dikira bersih berbanding kawasan luarannya)

4️⃣ Pastikan tangan dicuci sempurna sebelum dan selepas melakukan cucian luka.


Mungkin ada sesetengah orang lama berpendapat, menyapu herba tertentu dapat membantu dalam proses penyembuhan luka tetapi mereka tidak tahu bahawa kandungan di dalam herba itu sendiri mampu menjadi ‘benda asing’ yang akan memudaratkan

Ikuti langkah dressing luka yang betul untuk penyembuhan yang baik.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Ikuti kami:
    Hubungi
    ©2025 rawatanrumah.com - All rights reserved