Luka ni ada bermacam jenis tapi cara penjagaan dan rawatan berbeza mengikut jenis. Tapi yang pastinya perlu dirawat dengan teliti untuk mengelakkan jangkitan kuman dan proses penyembuhan luka yang cepat.
Kalau tak cuci luka mengikut cara yang betul nanti luka makin teruk. Luka kat kaki boleh juga di potong kakinya. Luka kat tengkuk takkan nak potong tengkuk pula. Nak-nak kalau ada kencing manis. Proses luka nak sembuh pun makan masa.
Jadi, untuk penjagaan luka, pesakit dinasihatkan untuk :
✅ Menjaga kebersihan diri dan sekitaran
✅ Mengambil pemakanan yang sihat
✅ Pengawalan berat badan yang optimum
✅ Mengawal paras gula bagi pesakit kencing manis
Selain itu, pesakit juga dinasihatkan supaya :
✔ Memastikan bahagian luka sentiasa bersih dan dirawat dengan betul seperti lakukan ‘dressing’ atau dikenali sebagai prosedur mencuci luka. Kebiasaannya bagi kes tertentu, temujanji ke klinik berdekatan akan diberikan bagi tujuan pencucian luka yang sempurna oleh kakitangan kesihatan. Waktu pencucian luka pula, ada yang perlu dilakukan setiap hari dan ada yang dilakukan 2hari sekali. Ia bergantung kepada keadaan luka tersebut.
✔ Pastikan bahagian luka disebabkan kecederaan atau luka jahitan sentiasa dalam keadaan kering terutama 24 jam pertama kerana kelembapan merupakan medium kepada pembiakan kuman yang boleh menyebabkan jangkitan.
✔ Jika diberikan ubat sapuan ( krim) : seelok-eloknya luka dicuci terlebih dahulu dengan saline/air bersih kemudian barulah disapukan ubat (krim) tersebut.
✔ Jangan sesekali mengusik bahagian luka yang mula mengering misalnya cuba untuk mencungkil parut kering atas luka kerana ini mungkin boleh menyebabkan luka terjadi semula atau jangkitan dan ini melewatkan peyembuhan. Ataupun menyentuh luka dengan tangan yang kotor kerana dikhuatiri kuman di tangan akan menjangkiti luka.
✔ Luka jahitan dan luka pembedahan perlu sentiasa diperiksa untuk memastikan tidak ada jangkitan atau jahitan yang terbuka.