Jenis-Jenis Tiub Pemakanan

Tiub nasogastrik adalah peranti perubatan yang digunakan untuk memberi makan kepada seseorang. Terdapat tiub pemakanan jangka pendek (sementara) dan jenis jangka panjang untuk bantuan pemakanan.

Kaedah penggunaan tiub kepada setiap pesakit  itu akan berbeza berdasarkan keperluan. Sesetengah tiub sementara hanya selamat digunakan sehingga 14 hari. Jika ia digunakan lagi, ia boleh membawa kemudaratan kepada pengguna.

1️⃣ Tiub Pemakanan Jangka Pendek

Tiub pemakanan jangka pendek boleh bertahan sehingga 6 minggu, dengan penjagaan tiub yang baik. Contoh tiub pemakanan jangka pendek adalah seperti berikut:


  • Tiub Nasogastrik (NG) – Untuk tiub jenis ini, diletakkan di hidung dan ke bawah melalui tekak. Ia berada di dalam esofagus dan berakhir di kawasan perut. Tiub ini boleh diletakkan di dalam badan seseorang selama kira-kira 4 hingga 6 minggu maksimum sebelum mengeluarkan atau menggantikannya.
  • Tiub orogastrik (OG) – Tiub ini dimasukkan ke dalam kawasan mulut walaupun jenisnya sama dengan tiub NG, namun ia masih akan mengikuti laluan yang sama melalui tekak, esofagus, dan ke kawasan perut. Ia boleh kekal selama maksimum 2 minggu sebelum memerlukan penyingkiran atau penggantian.

    2️⃣Tiub Pemakanan Jangka Panjang

    Kadang-kadang, mungkin ada keperluan untuk tiub pemakanan jangka panjang. Oleh itu, ini adalah beberapa pilihan yang ada:
  • Tiub gastrik (tiub G) – Tiub ini membolehkan akses ke perut melalui potongan pembedahan di abdomen. Dengan ini, tiub tidak akan melalui mulut atau tekak. Kemudian, makanan, cecair, dan ubat boleh diberikan tanpa perlu menelan.
  • Tiub Jejunostomy (tiub J) – Tiub ini juga diletakkan melalui potongan di bahagian perut. Walau bagaimanapun, ia diletakkan lebih rendah daripada kawasan tiub G. Ia akan tinggal di sekitar hujung bahagian tengah usus kecil, yang dikenali sebagai jejunum. Oleh kerana saiz tiub biasanya lebih kecil daripada tiub G, hanya cecair nipis dan ubat serbuk boleh digunakan.

Walau bagaimanapun, membuat keputusan untuk menggunakan tiub pemakanan boleh menjadi pilihan yang kompleks kerana terdapat beberapa jenis, faedah, risiko, dan penglibatan logistik lain.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Ikuti kami:
    Hubungi
    ©2023 rawatanrumah.com - All rights reserved