Bagaimana Menentukan Keperluan Nutrien Pesakit ?

Seseorang itu akan diberi makan dengan tiub jika tidak mampu mengambil atau makan makanan secara biasa iaitu makan melalui mulut.

Ia juga diberikan kepada individu yang tidak dapat mendapatkan zat yang mencukupi dari hidangan biasa sehingga lebih daripada 1 minggu.

Keperluan pesakit ditentukan berdasarkan beberapa perkara, iaitu :

▪️ Jantina
▪️ Umur
▪️ Berat Badan
▪️ Penyakit atau keadaan yang dihadapi

Selalunya, keperluan tenaga bagi seorang kanak-kanak 1 hingga 10 tahun adalah antara 1,000 hingga 2,000 kcal sehari.

Keperluan tenaga bagi dewasa dan warga emas adalah antara 1,200 hingga 2,000 kcal sehari.

Satu hidangan lengkap dengan anggaran kandungan tenaga 500 kcal boleh diperoleh daripada 2 gelas susu formula.

Sekiranya pesakit memerlukan 1,500 kcal sehari (3 hidangan lengkap) susu formula perlu diberi sebanyak 6 gelas sehari. Aturan pemberian susu biasanya diberi setiap 3 atau 4 jam.

Pemberian rumusan cecair melalui tiub adalah mencukupi dari segi tenaga dan zat makanan sekiranya dirancang dan diatur dengan betul. Pastikan setiap saranan dirancang dan disemak oleh Pegawai Dietetik sebelum dimulakan kepada pesakit.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Ikuti kami:
    Hubungi
    ©2023 rawatanrumah.com - All rights reserved