Penggunaan tiub kencing/ keteter amat membantu pesakit yang mengalami kesukaran untuk membuang air kecil atau penyakit lain seperti sklerosis berbilang atau demensia.
Walau bagaimanapun, pesakit haruslah menjaga kebersihan diri ketika menggunakan kateter urin untuk mengelakkan sebarang jangkitan.
Jangkitan yang berlaku disebabkan pemasangan kateter boleh menyebabkan ketidakselesaan. Oleh sebab itu, jika anda mengalami sebarang masalah, pastikan anda berjumpa doktor dengan kadar segera.
Anda perlu berjumpa doktor dengan kadar segera sekiranya mengalami masalah seperti:
👉 Sakit abdomen atau rasa kejang yang tidak berhenti
👉 Pendarahan di sekitar kateter urin
👉 Demam
👉 Air kencing bocor di sekitar kateter
👉 Alami masalah kulit
👉 Ada batu atau pasir di dalam kateter atau beg
👉 Air kencing berbau kuat dan pekat.
👉 Tidak ada air kencing yang keluar walaupun anda minum banyak air.
Jika kateter yang dipakai tersumbat, ada risiko untuk anda mengalami jangkitan. Oleh sebab itu, ia perlu ditukar dengan kadar yang segera.