Pundi kencing kita mempunyai kapasiti sebanyak 300–500 ml. Disebabkan keupayaan penyimpanan yang terhad, kita perlu ke tandas untuk membuang air sebanyak 6 hingga 10 kali dalam masa 24 jam.
Walau bagaimanapun, ada pesakit yang mengalami masalah untuk membuang air disebabkan penyakit atau kecederaan pada kawasan saluran urinari.
Oleh sebab itu, pesakit ini memilih untuk melakukan pemasangan kateter untuk memudahkan mereka membuang air kecil.
Mekanisme yang mengawal pengeluaran urin sebenarnya dikawal oleh pelbagai jenis saraf yang kompleks. Saraf ini meliputi bahagian pundi kencing dan bersambung ke otak melalui saraf tunjang.
Sebab itulah, kita dapat membuang air dengan sepenuhnya pada masa dan tempat yang betul. Koordinasi antara pundi kencing dan uretra juga membolehkan urin disimpan tanpa sebarang kebocoran.
Jika anda perlu memakai kateter dalam jangka masa yang lama, doktor akan memberikan panduan untuk menjaga kateter sebelum anda meninggalkan hospital.
Nasihat yang diberikan termasuklah cara pemakaian yang betul dan bagaimana hendak mengesan komplikasi seperti jangkitan dan sebagainya.