Nak Tukar Tiub Makan Di Rumah Anda ?

“Mak saya kena strok, dan makan menggunakan tiub. Jadi dengan keadaan nya yang agak uzur, agak susah kalau nak bawa mak ke klinik untuk tukar tiub makan”

Kami faham dengan situasi yang anda sedang hadapi, ialah bukan senang nak bawa pesakit yang terkena strok ke klinik. Sudah tentu anda perlukan kenderaan yang sesuai, lepas tu agak sukar nak mengangkat kalau tiada orang yang membantu.

Bukan itu sahaja, pesakit pun tidak selesa untuk ke sana ke sini, sudah tentu proses itu semua menyebabkan kesakitan pada badannya.

Selain pesakit strok, siapa lagi yang kebiasaanya perlu tukar tiub susu @ makan ?

✅ Pesakit yang tidak sedarkan diri dan telah dilakukan intubasi
✅ Pesakit yang mengalami kesekatan pada bahagian esophagus
✅ Pesakit yang mengalami kebakaran yang teruk pada salur pernafasan dan esophagus
✅ Pesakit yang mengalami keracunan makanan
✅ Pesakit sebelum dan selepas pembedahan gaster
✅ Mengeluarkan darah pada kes pendarahan peptic ulcer dan sekrisi pada GIT
✅ Untuk mengeluarkan racun paraquat
✅ Untuk mengambil contoh spesimen

Di sini kita boleh lihat, bukan sahaja orang tua yang pakai Tiub Susu, bahkan sesiapa sahaja yang mengalami situasi seperti diatas. 👆

Jadi, di sinilah tugas kami di RAWATAN RUMAH untuk membantu meringankan kesukaran atau kekangan anda.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Ikuti kami:
    Hubungi
    ©2025 rawatanrumah.com - All rights reserved