Apakah Komplikasi Pemakanan Melalui Tiub ?

Pemakanan melalui tiub, atau dalam istilah perubatan, lebih dikenali sebagai Enteral Nutrition. Ia adalah dalam bentuk cecair atau kebiasaannya merupakan formula atau rumusan susu. Susu tersebut dirumus dengan zat makanan yang lengkap serta seimbang mengikut keperluan badan atau penyakit.

Namun Terdapat beberapa komplikasi/masalah yang mungkin timbul apabila pemakanan melalui tiub dipraktikkan.

1️⃣ Tiub tersumbat
Tiub tidak dibersihkan dan ubat yang diberi melalui tiub dalam bentuk berketul

Cara Mengatasi Masalah :
▪️ Alirkan 20-30 ml air kosong sebelum dan selepas pemberian susu atau ubat
▪️ Hancurkan ubat sehingga lumat dan cairkan dalam air sebelum diberi melalui tiub. Ubat diberi berasingan & tidak boleh dicampurkan dengan bancuhan formula susu.

2️⃣ Muntah
Isipadu susu yang tinggiCara Mengatasi Masalah :
▪️ Bancuh mengikut sukatan dan beri sedikit demi sedikit mengikut toleransi

3️⃣ Cirit-birit
Aliran susu terlalu laju, susu basi atau tercemar dan susu terlalu pekat

Cara Mengatasi Masalah :
▪️ Alirkan susu dengan perlahan. Pegang picagari susu berhampiran dengan kepala pesakit
▪️ Sediakan susu dengan air yang bersih dan berikan susu yang segar dan dibancuh setiap masa
▪️ Bancuh mengikut sukatan

4️⃣ Sembelit
Air tidak mencukupi dan tidak cukup fiber/serat

Cara Mengatasi Masalah :
▪️ Bancuh susu ikut sukatan dan beri air yang secukupnya
▪️ Dapatkan nasihat Pegawai Dietetik untuk susu dengan fiber/serat.

Sekiranya anda mempunyai keraguan dan pertanyaan mengenai pemakanan melalui tiub, sila hubungi Pegawai Dietetik yang berhampiran dengan anda.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Ikuti kami:
    Hubungi
    ©2023 rawatanrumah.com - All rights reserved