Cara Rawat Luka Paling Mudah

Setiap orang pasti pernah terluka kan ? Kadang terjatuh, terhiris dan macam-macam lagi la. Tapi sebenarnya,macam mana nak rawat luka untuk mengelakkan jangkitan ?

Sekiranya luka yang dialami itu adalah kecil dan tidak begitu dalam, ada peluang di mana anda sendiri boleh merawatnya di rumah.

Pun begitu, sila berjumpa dengan doktor jika luka yang dialami itu besar dan dalam untuk mengelakkan komplikasi lain.

Jadi, bagaimanakah cara rawat luka paling mudah, cepat dan selamat? Ikuti langkah first aid ini!

👉 Sebelum pegang luka, sila pastikan anda basuh tangan terlebih dahulu untuk elakkan jangkitan.

👉  Cuba hentikan pendarahan secepat yang mungkin kerana luka kecil biasanya tidak memakan masa lama untuk berhenti mengalir.

👉  Selepas pendarahan pada luka telah berhenti, bilaskan kawasan tersebut dengan air.

👉  Jika ada kotoran yang melekat, buangkan ia dengan perlahan dan berwaspada.

👉  Sapukan antibiotik kerana ia mampu membantu melembapkan kawasan luka di samping mengurangkan parut kelak.

👉  Pastikan anda berjumpa dengan doktor jika dapati luka anda masih sakit, merah, bengkak ataupun bernanah.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Ikuti kami:
    Hubungi
    ©2023 rawatanrumah.com - All rights reserved