Tidak Mencuci Luka Dengan Betul Undang Jangkitan Kuman

Masih ingat tak masa kita kecik-kecik dulu, kita selalu keluar main dengan kawan-kawan bila pulang dari sekolah. Biasalah nama pun budak-budak kan, bila dah main kadang ada tertolak la , lepas tu mesti terluka atau berdarah.

Selalunya mak kita dulu-dulu hanya akan suruh cuci luka dan biarkan luka kering sendiri. Kemudian bila luka dah kering, mulalah tangan tu gatal je nak kopek sampailah luka jadi kering dan meninggalkan kesan. Betul tak ?

Kita dibesarkan dengan mencuci luka mengikut cara tradisional seperti cuci dan biarkan luka baik sendiri atau sapu ubat gigi di atas luka supaya ia cepat kering. Tapi, cara inilah yang sebenarnya membuatkan luka lambat sembuh dan meninggalkan kesan parut.

Bukan itu sahaja, kalau kita tak cuci luka dengan cara yang betul, luka tersebut akan lebih mudah untuk dijangkiti kuman dan akan memberi kesan pada luka.

Antara kesan yang anda akan dapat kalau tak cuci luka dengan betul adalah :

▪️ Berlakunya nanah
▪️ Bengkak di sekeliling luka
▪️ Jangkitan kuman dalam darah yang juga dikenali sebagai septicemia.

Bagi mengelakkan jangkitan yang lebih teruk, anda dinasihatkan untuk mengikuti panduan mencuci luka dengan betul.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Ikuti kami:
    Hubungi
    ©2025 rawatanrumah.com - All rights reserved