Luangkan Lebih Masa Bersama Ibu Bapa

SEMAKIN berusia ibu bapa kita, semakin berubah sikap mereka kepada cepat marah, sensitif terhadap teguran, mudah merajuk dan suka menyendiri.

Situasi ini sering dihadapi anak yang menjaga ibu bapa yang berusia sehingga membuatkan mereka runsing memikirkan cara terbaik mengelak sebarang konflik.Jangan biarkan keadaan itu berlarutan dan segera bantu mereka kerana perubahan sikap adalah tanda mengalami masalah kemurungan orang tua yang kurang ketara.

Sekiranya kemurungan itu bertambah serius, mereka lazimnya akan :
👉 Hilang selera makan
👉 Kerap atau tidak tidur
👉 Enggan bercakap dengan orang
👉 Tidak menguruskan diri seperti mandi serta menyalin pakaian

Ada juga orang tua menjadi pelupa atau sering berasa bimbang menyebabkan anak atau penjaga menyangka mereka menghadapi masalah nyanyuk atau dementia.

Oleh itu, sangatlah penting untuk kita sebagai anak untuk peka dengan perubahan awal yang berlaku kepada ibu bapa kita.

Anda dinasihatkan untuk meluangkan lebih banyak masa bersama ibu bapa bagi mendengar luahan atau masalah yang mengganggu fikiran mereka.

Ada kalanya, perubahan- perubahan yang mereka sedang alami ini akan menyebab mereka merasa tersisih, sunyi atau tertekan kerana kehilangan orang tersayang, pekerjaan dan masalah kewangan.

Sekiranya anak sukar berkomunikasi dengan ibu bapa, mereka boleh merujuk kepada pakar kesihatan untuk membantu menyelesaikan masalah ini. Jika kemurungan itu serius, lebih baik bawa ibu bapa untuk berjumpa pakar.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Ikuti kami:
    Hubungi
    ©2023 rawatanrumah.com - All rights reserved