Punca Tekanan Di Kalangan Warga Emas

Pada dasarnya, agak sukar untuk menentukan sejauh mana tekanan kronik mempengaruhi kesihatan individu dewasa yang lebih berusia. 

Namun begitu, berikut adalah 5 kesan tekanan pada kesihatan warga emas yang cenderung untuk terjadi :

1️⃣ Menurunkan sistem imun

Tekanan dipercayai dapat menurunkan sistem imun, menjadikan anda lebih mudah diserang penyakit. Dalam aspek penjagaan warga emas pula, mereka lebih mudah diserang penyakit kerana penurunan sistem imun yang berkaitan usia. 

Gabungan kedua-duanya, usia dan penurunan pada sistem imun, menyebabkan individu berusia mudah jatuh sakit dan berdepan proses pemulihan lebih lama. Secara tidak langsung, menjadikan tekanan sukar untuk dikesan.

2️⃣ Masalah jantung

Kesan tekanan pada kesihatan yang paling tidak asing adalah berkaitan jantung. Tekanan boleh mengakibatkan badan diserang adrenalin. Ia sekaligus akan meningkatkan tekanan darah dan kadar degupan jantung.

Tetapi, hubungan antara tekanan dan penyakit jantung mempunyai faktor hubung kait yang sukar untuk diukur.

3️⃣ Kehilangan penglihatan dan pendengaran

Pengeluaran adrenalin untuk tempoh jangka panjang boleh menyekat saluran darah. Pada akhirnya, ia boleh mengakibatkan masalah pendengaran dan penglihatan sementara. 

4️⃣ Masalah pencernaan

Tekanan secara langsung boleh membuatkan anda berasa sakit perut. Ia berlaku apabila tekanan mengaktifkan tindak balas melawan atau mengelak (fight or flight) dalam sistem saraf pusat anda.Sistem saraf pusat boleh menghentikan aliran darah, menyebabkan pengecutan otot pencernaan dan mengurangkan rembesan yang diperlukan untuk proses mencerna. Tekanan kronik atau teruk boleh mengakibatkan masalah pencernaan yang serius seperti sindrom iritasi usus (IBS) atau ulser di dalam perut.

5️⃣ Masalah pergigian

Dalam aspek penjagaan warga emas, masalah atau isu berkaitan pergigian adalah keadaan biasa seiring pertambahan usia. Namun, tekanan yang dialami boleh menyebabkan mereka lebih mudah dapat patah rahang mulut dan kaviti.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Ikuti kami:
    Hubungi
    ©2023 rawatanrumah.com - All rights reserved