5 Penyakit Yang Sering Menyerang Warga Emas Di Malaysia

Pertambahan usia adalah cabaran bagi warga emas berdepan dengan tahap dan keadaan kesihatan. Sentiasa berhati-hati dengan penyakit warga emas, anda boleh mengelakkan ia daripada berlaku.

1️⃣  Arthritis

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) menganggarkan ia menjejaskan 49.7% warga emas berusia 65 tahun ke atas dan menyebabkan kesakitan serta kualiti hidup yang rendah bagi sesetengah orang tua. Walaupun arthritis menghalang anda untuk aktif, dapatkan nasihat doktor bagi perancangan aktiviti dan rawatan bagi membantu mengekalkan tahap kesihatan.

2️⃣ Penyakit jantung

Menurut CDC, penyakit jantung tetap menjadi pembunuh utama orang dewasa yang berusia 65 tahun, membabitkan menyumbang 489,722 kematian pada tahun 2014.

Golongan ini juga berdepan risiko seperti tekanan darah tinggi dan kolesterol tinggi yang berkemungkinan mengalami strok atau penyakit jantung. Oleh itu, senaman, pemakanan sihat dan rehat malam mencukupi membantu mengekalkan berat badan yang sihat dan diet yang seimbang.

3️⃣ Alzheimer

Persatuan Alzheimer melaporkan bahawa satu dari sembilan orang berumur 65 tahun ke atas, sekitar 11 peratus, mempunyai penyakit Alzheimer, tetapi kerana diagnosisnya mencabar, sukar untuk mengetahui berapa banyak orang yang hidup dengan keadaan kronik ini.

Walau bagaimanapun, para pakar mengakui bahawa kerosakan kognitif mempunyai kesan yang signifikan terhadap kesihatan warga emas di seluruh spektrum, daripada isu keselamatan dan penjagaan diri kepada beban kos penjagaan.

4️⃣ Osteoporosis

Menurut Marie Bernard, osteoporosis boleh menyumbang kepada kurang pergerakan dan berpotensi lumpuh sekiranya anda jatuh dan mengalami patah tulang atau vertebra tubuh lemah.

Yayasan Osteoporosis Kebangsaan menganggarkan bahawa 54 juta orang Amerika berusia lebih 50 tahun dipengaruhi oleh jisim tulang rendah atau osteoporosis, meletakkan mereka berisiko untuk tulang retak atau patah yang dapat menyebabkan kesihatan warga emas kurang baik dan mengurangkan kualiti hidup.

Lebih-lebih lagi, mereka menganggarkan bahawa pada tahun 2020 jumlah itu akan meningkat kepada 64.4 juta.

5️⃣ Kemurungan

Kemurungan boleh mengurangkan imuniti dan boleh menjejaskan keupayaan seseorang untuk melawan jangkitan.

Menurut Forum Interagensi Persekutuan mengenai Perangkaan Berkaitan Penuaan, warga emas hanya meluangkan 8 hingga 11 peratus masa lapang mereka bersama keluarga dan rakan.

Selain penyakit berikut, warga emas juga berisiko menghidap kanser, gangguan pernafasan, diabetes, obesiti, influenza dan pneumonia.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Ikuti kami:
    Hubungi
    ©2023 rawatanrumah.com - All rights reserved