Menjalani Hidup Dengan Pesakit Demensia

ADAKAH anda mempunyai ibu bapa yang menghidap demensia ? Menjaga individu yang menghidap demensia atau nyanyuk bukanlah suatu perkara yang mudah. Ianya amat memenatkan, lebih-lebih lagi apabila individu yang menghidap demensia tersebut agresif dari aspek emosi dan tingkah lakunya.

Alzheimer’s Disease Foundation Malaysia (ADFM) merekodkan pada tahun 2016 sahaja, terdapat 50,000 pesakit demensia di Malaysia. Lebih menggusarkan, jumlah ini akan dua kali ganda dalam masa 20 tahun akan datang.

Demensia dan penuaan perlu diraikan sebahagian suatu fitrah dalam kitaran kehidupan manusia. Bayangkan seseorang individu yang didiagnosa demensia pada umur 60 tahun, penjaganya berkemungkinan perlu menjaga sehingga purata 20 tahun lamanya sekiranya individu yang  menghidap demensia tersebut hidup sehingga umur 80 tahun.

Selain berhadapan dengan punca tekanan daripada pesakit demensia itu sendiri, gejala tingkah laku dan psikologi demensia (BPSD) menyebabkan kehidupan sosial dan ruang masa peribadi amat terhad. Keterbatasan ini boleh membawa kepada tekanan perasaan, kemurungan dan kegelisahan.

Sekiranya tekanan ini tidak diatasi dengan baik, ia boleh membawa kepada penderaan individu penghidap demensia, pengabaian hak penjagaan dan tidak mustahil kematian akibat tekanan perasaan yang berpanjangan.

Individu warga emas penghidap demensia pula berkemungkinan perlu untuk dimasukkan ke pusat jagaan warga emas sekiranya penjaga mereka tidak mampu untuk menampung bebanan dan tekanan yang dihadapi. Hal ini pula boleh menyebabkan pengasingan sosial yang mungkin boleh memburukkan keadaan.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Ikuti kami:
    Hubungi
    ©2023 rawatanrumah.com - All rights reserved