Apa itu Bedsores (Kudis Tekanan)?

Ada tak diantara ahli keluarga anda berada di atas katil terlampau lama kerana sakit lumpuh dan tidak boleh bangun, dan kulitnya mengalami luka-luka dan kudis? Ini mungkin salah satu kesan daripada Bedsores. 

Bedsores juga dikenali sebagai tekanan ulser dan dekubitus ulser yang merupakan kecederaan kepada kulit dan tisu asas yang berpunca daripada tekanan yang berpanjangan pada kulit. Kebiasaan bedsores akan terjadi pada kulit yang menyaluti kawasan tulang seperti tumit, pergelangan kaki, pinggang dan tulang pinggul.

Bedsores ini nama lainnya juga adalah pressure ulcer dan decubitus ulcer. Kudis tekanan ini sering berlaku pada golongan orang tua dan ini boleh menyebabkan keadaan yang lebih serius berlaku. Antara golongan yang berisiko untuk mengalami kudis tekanan ini ialah:

👉Orang tua
👉Kurang pergerakan
👉Baring atau duduk terlalu lama di atas katil atau kerusi roda
👉Tidak dapat menggerakkan sebahagian anggota badan tanpa bantuan orang lain
👉Mempunyai kulit yang nipis dan mudah luka
👉Menghidap kencing manis
👉Masalah pengaliran darah
👉Kurang pengambilan nutrisi

Bedsores boleh terbentuk dengan pantas. Kebanyakan luka akan sembuh dengan rawatan, tetapi ada sebahagian luka yang tidak akan sembuh sepenuhnya. Anda boleh mengambil langkah-langkah untuk membantu mencegah Bedsores dan bantuan penyembuhan.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Ikuti kami:
    Hubungi
    ©2023 rawatanrumah.com - All rights reserved