
Antara kawasan yang berisiko berlakunya kudis tekanan adalah telinga, siku, tumit, punggung, buku lali dan sebagainya. Kudis tekanan boleh menjadi bahaya kerana komplikasi seperti jangkitan kuman boleh berlaku jika kudis tidak di bersihkan dan dijaga dengan rapi. Kudis tekanan selalunya menyebabkan rasa sakit yang kuat.
Terdapat beberapa jenis rawatan yang boleh diberikan kepada mereka yang mengalami masalah bedsore atau kudis tekanan ini. Antara rawatan yang akan diberikan ialah:
1. Menghilangkan tekanan yang memberi kesan kepada kulit
Sentiasa mengubah posisi sewaktu baring dan duduk antara cara yang boleh dilakukan untuk mengelakkan tekanan pada badan. Gunakan bantal dan tilam yang khusus kepada pesakit. Selain dari itu, ahli keluarga juga boleh membeli atau menyewa tilam khas yang dinamakan sebagai Ripple Mattress. Tilam ini dengan secara automatik akan mengubah tekanan pada bahagian badan pesakit dan akan mengelakkan kudis tekanan daripada berlaku.
2. Memastikan luka sentiasa dalam keadaan yang bersih dan tidak tercemar
Basuh permukaan kulit yang luka dan kudis itu dengan air bersih atau air saline dan keringkan permukaan kulit yang luka itu dengan berhati-hati. Doktor juga akan membuang kawasan kulit yang mati.
3. Mengambil nutrien yang tinggi
Mengambil makanan yang mengadungi nutrien yang tinggi akan membantu mempercepatkan proses kesembuhan pada luka itu.
4. Lindungi dan tutupi kudis yang luka itu
Kawasan kudis itu juga perlu ditutup dengan bandage untuk mengelakkan luka kudis tercemar dengan jangkitan kuman.
Sekiranya kudis tekanan ini semakin teruk, anda perlu berjumpa dengan doktor secepat mungkin bagi mendapatkan rawatan yang sewajarnya.