
Masalah menelan boleh menjejaskan kualiti kehidupan kepada pesakit strok dan berisiko tinggi untuk mendapat masalah jangkitan paru-paru.
Ianya boleh mengancam nyawa jika tidak dirawat dengan betul. Pengendalian masalah menelan harus bertujuan memudahkan pesakit strok agar dapat menelan makanan dengan selamat.
Masalah menelan atau disfagia, adalah masalah yang biasa berlaku di kalangan pesakit terutama individu yang mengalami strok atau angin ahmar.
Ia berlaku apabila bahagian otak yang berfungsi mengawal proses menelan mengalami kerosakan atau gangguan. Kajian menunjukkan kadar insiden masalah menelan dilaporkan antara 29 โ 67% di kalangan pesakit strok dan kira-kira 15% daripadanya adalah mereka yang berumur lebih 60 tahun.
Punca-Punca Masalah Menelan Pesakit Strok adalah :
โช๏ธ Masalah kognitif โ pesakit strok adalah dikaitkan dengan peningkatan insiden penyakit dementia
โช๏ธKerosakan saraf yang terlibat dalam proses menelan
โช๏ธKerosakan pada bahagian otak yang mengawal proses menelan
Masalah menelan jika tidak dirawat dengan segera boleh menyebabkan pesakit kekurangan zat makanan,hilang berat badan secara mendadak, kekurangan air dan berlaku jangkitan pada paru-paru yang mana boleh mengancam nyawa pesakit.