4 Senaman Perlu Dilakukan Penjaga Sebelum Mengangkat Pesakit

Mengangkat warga emas yang terlantar memerlukan teknik-teknik tertentu agar tidak berlaku sebarang kemudaratan terhadap warga emas dan juga penjaga.

Penjaga boleh mengalami sakit pinggang akibat dari penggunaan teknik mengangkat dan mengalih yang salah.

Adalah dinasihatkan agar si penjaga melakukan senaman ringkas sebelum mengangkat dan mengalih warga emas.

Senaman ini merangkumi :

▪️Senaman pernafasan
▪️Senaman memanaskan badan
▪️Senaman regangan
▪️Senaman menguatkan otot

Senaman ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kekuatan dan fleksibiliti otot, membantu mencegah kecederaan diri penjaga dan memudahkan kerja-kerja mengangkat dan mengalih warga emas.

Bagi teknik mengangkat dan mengalihkan warga emas pula terdapat dua bahagian iaitu pertama teknik yang dilakukan oleh seorang penjaga.

Teknik kedua ialah mengangkat dan mengalih warga emas yang dilakukan oleh dua orang penjaga.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Ikuti kami:
    Hubungi
    ©2023 rawatanrumah.com - All rights reserved