5 Sebab Mengapa Kudis Tekanan Berlaku

Kebanyakan warga emas mempunyai kulit yang lebih nipis dan ianya hanya masalah biasa apabila semakin tua. Akibatnya, kulit sangat mudah untuk mendapat lebam, luka dan tercalar.

Tetapi jika orang tua itu terlantar di katil yang sangat lama, kebarangkalian untuk mendapat bedsores atau kudis tekanan lebih tinggi.

Selain itu, terdapat pelbagai isu yang boleh menyebabkan kudis tekanan, jadi sangat penting bagi anda seorang penjaga pesakit terlantar untuk mengatahui apa yang menyebabkan terjadinya kudis tekanan ini supaya anda boleh mengurangkan kebarangkalian ianya dari berlaku.

Antara Sebab Mengapa Kudis Tekanan Berlaku Adalah :

▪️ Berada dalam satu kedudukan terlalu lama yang memberikan banyak tekanan pada mana-mana bahagian tertentu badan.

▪️ Kurang berat badan bermakna pesakit mempunyai kurang lemak di bahagian tulang badan yang kemudiannya boleh menjadikan kawasan tersebut lebih terdedah kepada kudis tekanan.

▪️ Kulit melecet disebabkan oleh menggelongsor dari katil, tandas, pada kerusi, dsb.

▪️ Penghidratan yang lemah boleh menjadikan kulit lebih mudah terdedah kepada kudis tekanan.

▪️ Keadaan perubatan seperti diabetes, peredaran darah yang lemah, penyakit vaskular dan lain-lain juga boleh menyumbang kepada integriti kulit yang lemah yang boleh menyebabkan pesakit lebih terdedah kepada kudis tekanan.

Untuk membantu mengelakkan kudis tekanan ini adalah dengan mengubah posisi pesakit setiap dua jam.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Ikuti kami:
    Hubungi
    ©2023 rawatanrumah.com - All rights reserved