Apa Pentingnya Kelab Sokongan Penjaga ?

Anda sebenarnya TIDAK PERLU memikul beban di bahu anda seorang diri kerana terdapat begitu ramai orang yang melalui jalan yang sama seperti anda.

Jika anda mempunyai tekanan dalam menjaga pesakit terlantar, jangan merasa putus harapan kerana di sinilah kita boleh membina semula semangat bagi memberi penjagaan yang terbaik untuk orang yang kita sayang.

Kelab Sokongan Penjaga ini dapat membantu antara satu sama lain dalam :
✅ Berkongsi idea tentang penjagaan pesakit
✅ Memberi sokongan dalam melayari kehidupan sebagai seorang penjaga
✅ Bertanyakan soalan dalam menguruskan pesakit
✅ Berkongsi masalah penjaga

Dengan ini, para penjaga dan pesakit dapat menjalani kehidupan yang lebih baik berbanding semalam.

Berada dalam Kelab Sokongan Penjaga memberi peluang kepada orang yang berbeza untuk berkongsi cerita dan perjuangan peribadi mereka. Ini juga ruang di mana anda boleh belajar bagaimana untuk menangani beban yang anda pikul dan bagaimana anda boleh meneruskan penjagaan bagi pesakit terlantar.

Mendapatkan fakta tentang pesakit dan bagaimana cara penjagaan yang betul disamping menerima kata-kata yang semangat dari rakan-rakan penjaga adalah sesuatu yang sangat berhaga. Selain itu, ahli keluarga anda mungkin tidak memahami apa yang anda alami.

Menyertai kumpulan sokongan juga mampu merapatkan jurang antara penjaga dan pesakit kerana banyak ilmu yang anda dapat yang boleh anda guna pakai dalam menguruskan orang orang yang anda sayangi.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Ikuti kami:
    Hubungi
    ©2023 rawatanrumah.com - All rights reserved