Besar Tanggungjawab Sebagai Seorang Penjaga

Manusia tetap manusia, kadang kala boleh keluar daripada perwatakan normalnya apabila ditekan secara terus-menerus. Tanggungjawab seorang penjaga tidak formal adalah berat dan boleh membawa kepada kelesuan yang tidak bertepi. Selagi mata berjaga, tugas tidak pernah selesai.

Tanggungjawab yang dilaksanakan bermula daripada tugasan membantu penjagaan kendiri seperti memandikan, memakaikan pakaian, mengatur ke tandas, membantu melakukan senaman hingga tugasan menjaga dan menguruskan keperluan asas hidup yang lain seperti menyediakan dan memberikan makanan, menguruskan rumah dan pakaian.

Ini turut termasuk menguruskan pengambilan ubat-ubatan dan menyantuni masalah kesihatan yang timbul.

Perlu ditekankan bahawa tanggungjawab yang digalas ini kebiasaanya dibuat selari bersama tanggungjawab hidup mereka yang lain seperti komitmen terhadap keluarga sendiri iaitu anak-anak dan pasangan di samping bergelut menguruskan pekerjaan dalam meneruskan kelangsungan hidup.

Tentunya tanggungjawab yang dipikul secara berpanjangan ini boleh menjejaskan kualiti kehidupan mereka sendiri dalam jangka masa panjang tanpa adanya sistem sokongan yang mampan.

Maka dalam situasi sebegini, tidak mustahil suatu tanggungjawab yang asalnya digalas dengan kelembutan dan kasih sayang boleh bertukar menjadi bebanan yang tidak tertanggung.

Keadaan yang memeritkan menjadikan penjaga dalam keadaan keletihan yang berlanjutan sehingga boleh mengakibatkan perubahan sikap penjaga daripada empati kepada tidak peduli dan emosi.

Realiti yang harus diakui dan dilalui oleh kebanyakkan penjagaan tidak formal ini harus mendapat perhatian serius.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Ikuti kami:
    Hubungi
    ©2025 rawatanrumah.com - All rights reserved