Membantu Pesakit Dalam Menjaga Kebersihan Yang Baik

Salah satu perkara terbaik yang boleh anda lakukan untuk membantu mana-mana pesakit terlantar adalah memastikan keperluan asas kebersihan dan dandanan mereka ditangani.

Ini termasuk :

▪️Mandi
Sesetengah pesakit terlantar mungkin boleh bangun dan mandi atau mandi dengan bantuan kecil, tetapi yang lain mungkin tidak dapat berbuat demikian. Dalam kes ini, sebagai penjaga anda mungkin perlu mengelap badan pesakit bagi memastikan pesakit sentiasa bersih dan lebih segar.

▪️ Penjagaan pergigian
Sekali lagi, sesetengah individu mungkin boleh memberus gigi mereka sendiri, sementara yang lain mungkin memerlukan bantuan untuk berbuat demikian.

▪️ Pakaian
Menukar kepada pakaian yang bersih setiap hari adalah penting untuk memastikan pesakit bebeas daripada kotoran, kuman dan bakteria disamping memberi keselesaan kepada orang tersayang.

▪️ Penjagaan kuku
Mempunyai kuku yang panjang boleh menyebabkan calar yang tidak disengajakan dan kecederaan lain. Sekiranya pesakit tidak mampu berbuat demikian, sebagai penjaga anda perlu membantu memotong kuku pesakit sekurang-kurangnya sekali seminggu.

▪️ Gunting rambut dan bercukur
Rambut yang panjang dan tidak terurus boleh menyebabkan serangan kutu, pepijat dan parasit lain. Menjaga rambut, janggut dan misai digunting, disikat dan bersih adalah cara yang baik untuk mengelakkan masalah tersebut.

Selain mengekalkan kesihatan, semua perkara ini akan membantu orang yang anda sayangi mengekalkan semangat dan harga diri mereka.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Ikuti kami:
    Hubungi
    ©2023 rawatanrumah.com - All rights reserved