Menjaga Pesakit Perlukan Pengetahuan

Sebenarnya menjaga orang sakit juga memerlukan seni dan pengetahuan. Seni bermaksud si penjaga tahu bagaimana meminta pesakit untuk makan. Memang benar ketika sakit selera makan tiada tetapi sebenarnya mereka yang terlantar memerlukan makanan dan minuman untuk tenaga.

Jika tidak makan bagaimana mahu sihat dan bagaimana mahu makan ubat yang diberikan.Di sinilah pentingnya pengetahuan bagaimana meminta pesakit untuk makan.

1️⃣ Cuci muka dan lap badan pesakit

Bagi yang berpenyakit kronik sudah pasti mandi di tandas adalah sesuatu yang sukar dilakukan. Jadi cuci muka dan lap badan pesakit dengan tuala agar dia berasa segar. Sikat rambut tukarkan baju, tukarkan cadar dan sarung bantal agar pesakit dapat merasakan suasana baru. Mungkin selepas melakukan semua ini selera makan akan terbuka.

2️⃣ Berikan minuman atau makanan sejuk terlebih dulu

Boleh mulakan dengan air sirap, agar-agar, puding atau manisan seperti bubur manis. Biar mereka berasa sejuk dan manis. Deria rasa ini akan membuatkan mulut tidak lagi payau dan bersedia untuk menjamah makanan seterusnya seperti bubur nasi atau makanan berkuah seperti sup ayam.

3️⃣ Kena kreatif

Suapkan pesakit makan, dan jangan benarkan mereka makan sendiri kerana sudah pasti tidak terjamahlah jawabnya. Suap sedikit sedikit tetapi kerap. Tanya pesakit sekiranya ada makanan yang mereka teringin makan.

4️⃣ Buat jangan tunggu

Menjaga pesakit yang sedang sakit juga perlukan kesungguhan dan kerajinan, jadi jangan ambil mudah dan jangan malas. Jangan hanya menunggu mereka meminta makanan, meminta untuk mandi atau digantikan lampin pakai buang, jangan menunggu sebaliknya terus buat.

Terus urut badan, basahkan bibir mereka dengan air, mandikan mereka, suapkan mereka minuman dan makanan. Jangan tunggu sehingga mereka meminta kerana sifat orang sakit mereka tidak akan meminta. Kita yang harus tahu dan prihatin keperluan mereka. Jangan sehingga badan mereka berbau, najis sudah kering, bibir pecah-pecah disebabkan dihidrasi.

5️⃣ Jangan biarkan pesakit sendiri

Paling penting jangan biarkan pesakit sendiri, kecuali sewaktu tidur. Pastikan kehendak mereka kita penuhi. Jika tidak mahu berbual cukup dengan mengurut kaki dan tangan.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Ikuti kami:
    Hubungi
    ©2023 rawatanrumah.com - All rights reserved