5 Cara Mengurangkan Kudis Tekanan

Bed sores atau kudis tekanan ini adalah kulit dan tisu dalam keadaan yang luka disebabkan oleh tekanan yang terlampau lama dikenakan pada permukaan kulit. Kudis tekanan ini sering terjadi pada permukaan kulit yang mudah terkena pada tekanan seperti tumit kaki, buku lali dan pinggul.

Kudis tekanan boleh menjadi bahaya kerana komplikasi seperti jangkitan kuman boleh berlaku jika kudis tidak di bersihkan dan dijaga dengan rapi. Kudis tekanan selalunya menyebabkan rasa sakit yang kuat.

1️⃣ Ubah Posisi Badan Setiap 2 Jam
👉 Pesakit hendaklah diposisikan secara mengiring ke kanan atau ke kiri setiap 2 jam.
👉 Letakkan bantal di antara buku lali dan lutut untuk mengelakkan daripada bergeser antara satu sama lain, dan juga di bawah betis untuk meninggikan tumit dari tilam.
👉 Elakkan baring di atas bahagian yang sakit. Gunakan bantal untuk mengelakkan kudis tersebut daripada tekanan.

2️⃣ Guna Alatan Yang Sesuai Contohnya Tilam Angin (Ripple Mattress)
👉 Tilam angin membantu mengurangkan tekanan padan badan yang berisiko terkena kudis tekanan berbanding tilam yang keras.
👉 Tilam angin dapat mengurangkan kesakitan akibat tekanan badan.

3️⃣ Jaga Kebersihan Pesakit (Elak Kulit Menjadi Lembap)
👉 Bagi yang memakai pampers, elakkan daripada membiarkan pesakit berada di dalam kebasahan kerana ia akan luka semakin parah.
👉 Pastikan kulit sentiasa dalam keadaan kering.

4️⃣ Jaga Kebersihan Tempat Pesakit
👉 Tukar cadar, dan baju pesakit untuk pastikan pesakit sentiasa bersih dan kering.
👉 Manakala untuk pesakit yang berkerusi roda, pesakit perlu menaikkan badan (push-up) setiap dua jam sekali untuk memastikan peredaran udara di bahagian punggung dan belakang badan berlaku secara normal.

5️⃣ Pastikan Pengambilan Pemakanan Yang Sihat Dan Berzat
👉 Makanan yang berzat dapat memastikan pesakit dalam keadaan sihat.
👉 Makanan yang berzat juga dapat mempercepatkan proses penyembuhan luka.

Oleh itu, penjaga pesakit stroke haruslah peka dengan setiap keadaan pesakit. Pastikan pesakit dalam keadaan yang terbaik supaya proses pemulihan berlaku dengan cepat.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Ikuti kami:
    Hubungi
    ©2025 rawatanrumah.com - All rights reserved