Penjagaan Pesakit Yang Makan Melalui Tiub

Ryle’s Tube atau juga dikenali dengan tiub nasogastrik selalunya digunakan untuk pesakit yang tidak boleh menerima makanan melalui mulut seperti kebiasaan.

Tiub pemakanan ini akan dimasukkan melalui hidung sehingga ke perut pesakit.

Bagi penjaga pesakit sebegini, ada beberapa perkara yang anda perlu titikberatkan semasa menggunakan Ryle’s tube:

1️⃣ Mulut pesakit perlu dibersihkan sebanyak 2 kali sehari dengan menggunakan berus gigi kemudian dental floss

2️⃣ Bersihkan lidah pesakit dengan menggunakan tuala lembap

3️⃣ Ryle’s tube yang berada di hidung pesakit perlu dibersihkan dengan menggunakan putik kapas lembap

4️⃣ Setiap kali selepas pemberian makanan atau ubat, Ryle’s Tube perlu dibilas dengan air suam untuk mengelakkan tiub dari tersumbat

5️⃣ Plaster yang digunakan perlu sentiasa dalam keadaan bersih dan kering

6️⃣S ebelum memberikan makanan Ryle’s tube perlu berada dalam perut pesakit.

7️⃣ Ryle’s tube getah perlu ditukarkan setiap minggu atau ketika terdapat kerosakan pada tiub

Ryle’s tube terdapat dalam beberapa saiz mengikut kesesuaian pesakit dari bayi hingga dewasa.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Ikuti kami:
    Hubungi
    ©2023 rawatanrumah.com - All rights reserved