Pastikan Ibu Bapa Mengambil Ubat Yang Betul

Semakin meningkat usia, kemungkinan untuk seseorang terdedah kepada masalah kesihatan yang memerlukan ubat-ubatan adalah tinggi.

Bagaimana dengan ibu bapa anda? Adakah mereka mengambil satu atau lebih jenis ubat?

Kebanyakan ibu bapa yang telah tua mengambil ubat-ubatan untuk tujuan merawat atau mengawal penyakit dan terdapat juga mengambil ubat tambahan untuk kekal sihat.

Umumnya, kebanyakan ibu bapa yang tua memerlukan ubat-ubatan yang pelbagai berbanding golongan umur yang lain, ini menyebabkan mereka mempunyai potensi yang lebih tinggi untuk mendapat kesan buruk terhadap ubat-ubatan yang diambil.

Anak-anak mempunyai tanggungjawab dalam memastikan kesihatan ibu bapa mereka terutamanya yang telah uzur dijaga dengan baik. Ibu bapa yang masih aktif dan mampu menguruskan diri, juga masih memerlukan bantuan untuk mengambil ubat-ubatan secara selamat dan betul.

Sekiranya ibu bapa anda tinggal bersendirian dan tidak tinggal bersama anda, luangkan sedikit masa untuk memastikan mereka mengambil ubat yang betul supaya dapat meneruskan hidup berdikari.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Ikuti kami:
    Hubungi
    ©2023 rawatanrumah.com - All rights reserved