Siapa Yang Perlu Memakai Tiub Kencing?

Acapkali kita lihat pada warga emas yang mengalami penyakit kronik dan mereka yang dalam keadaaan koma akan dipakaikan dengan tiub bagi mengeluarkan air kencing.

Apakah sebenarnya tiub itu?

▪️ Tiub urin merupakan sejenis tiub nipis dan fleksibel yang boleh membawa cecair atau urin keluar dari badan pesakit.
▪️ Pemasangan tiub kencing selalunya dilakukan oleh doktor atau jururawat yang bertanggungjawab terhadap pesakit.
▪️ Tiub urin boleh didapati di dalam pelbagai bentuk dan saiz. Malah, ia juga diperbuat daripada pelbagai jenis material seperti getah, silikon atau teflon.

Siapakah yang perlu memakai tiub kencing?

▪️ Selalunya, pesakit yang tidak boleh mengosongkan pundi kencing secara normal (tidak boleh ke tandas) perlu memakainya untuk memudahkan pengeluaran urin.

Pesakit harus memakai tiub urin sehinggalah mereka mampu untuk membuang air dengan sendirinya. Selalunya, ini tidak akan memakan masa yang lama.

Walau bagaimanapun, pesakit yang mengalami kemalangan atau kecederaan kekal mungkin perlu menggunakan tiub kencing untuk jangka masa yang lebih lama atau secara kekal.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Ikuti kami:
    Hubungi
    ©2023 rawatanrumah.com - All rights reserved