Apa Yang Anda Perlu Lakukan Sekiranya Warga Emas Jatuh?

Jatuh adalah perkara biasa di kalangan warga emas yang dijaga oleh penjaga. Apabila umur meningkat, kekerapan jatuh dan kemungkinan kecederaan akan meningkat.

Oleh itu, adalah sangat penting bagi penjaga untuk mengetahui apa yang perlu dilakukan jika pesakit jatuh. Reaksi yang betul boleh mengurangkan kesan-kesan fizikal dan psikologi kepada wargaemas.

Jika penjaga menyaksikan warga emas jatuh, dia perlu menahan keinginan untuk membangunkan warga emas itu dengan segera. Terlebih dahulu, periksa keadaan warga emas tersebut untuk tanda-tanda berikut:

1️⃣ Adakah warga emas sedar atau tidak?
2️⃣ Adakah warga emas kelihatan cedera atau mengalami patah tulang?
3️⃣ Menenangkan warga emas

Jika warga emas tidak boleh bangun sendiri, penjaga boleh mengambil langkah-langkah berikut:

▪️ Panggil bantuan dengan segera
▪️ Melakukan pertolongan cemas jika penjaga mampu untuk berbuat demikian
▪️ Cuba membantu warga emas untuk mencari posisi yang selesa dan tidak menyakitkan
▪️ Memastikan suhu badan terjaga dengan menggunakan pakaian atau selimut

Jika warga emas itu ternyata dapat bangun dengan sendiri, ikuti langkah di bawah dengan teliti:

▪️Bawa sebuah kerusi yang stabil berhampiran dengan pesakit, membantu warga emas untuk pusing ke sebelah, bengkokkan kaki atas dan membantu pesakit ke dalam kedudukan separa duduk.
▪️ Penjaga berada di belakang warga emas dan membuat cengkaman yang kukuh pada pinggul, kemudian membantu warga emas dalam posisi merangkak dengan meletakkan kedua- dua tangan di atas kerusi.
▪️ Dengan berpegang kepada kerusi, warga emas perlu meletakkan kaki yang lebih kuat di hadapan. Penjaga boleh membantu dengan memposisikan kaki beliau.
▪️ Dengan membuat genggaman yang kukuh pada pinggul dan membantu warga emas untuk berdiri, kemudian berpusing dan duduk di atas kerusi.

Penjaga harus menggalakkan warga emas untuk mengamalkan langkah-langkah ini dengan kerap supaya mereka lebih bersedia jika mereka jatuh lagi pada masa depan.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Ikuti kami:
    Hubungi
    ©2023 rawatanrumah.com - All rights reserved