
Pertama sekali, ahli keluarga/ penjaga dan orang ramai perlu memahami bahawa strok boleh memberi kesan kepada komunikasi bagi mereka yang mengalaminya. Individu yang mengalami strok sering dikaitkan dengan masalah tidak boleh bercakap selepas strok.
Afasia selalunya menyembunyikan pemikiran, idea, personaliti dan kepandaian seseorang, walaupun semua ini masih ada di dalam diri seseorang.
Pesakit afasia mungkin akan mengalami satu atau lebih masalah samada dalam memahami bahasa atau/ dan menggunakan bahasa dalam bentuk pertuturan serta masalah dalam membaca dan menulis.
Afasia juga mungkin akan menjejaskan sedikit daya ingatan seseorang.
Bagaimana Cara Terbaik Berkomunikasi dengan Pesakit Strok yang Mempunyai Afasia?
1๏ธโฃ Perkara yang anda boleh lakukan untuk membantu seseorang yang mengalami afasia
โช๏ธKurangkan atau hapuskan gangguan bising/ cari tempat yang sunyi untuk berbual. Contohnya tutup tv/radio.
โช๏ธDapatkan perhatian mereka sebelum bercakap dan lihat muka mereka ketika berkomunikasi.
โช๏ธHanya seorang yang bercakap pada satu-satu masa.
โช๏ธBerkomunikasi dengan cara orang dewasa bukan cara kebudak-budakkan.
โช๏ธDuduk berhadapan/bertentangan dengan pesakit.
2๏ธโฃ Membantu individu yang mengalami afasia dalam memahami pertuturan
โช๏ธBeri hanya satu maklumat pada satu masa.
โช๏ธBeri banyak masa untuk mereka faham apa yang anda cakap.
โช๏ธBercakap dengan menggunakan ayat yang pendek dan mudah.
โช๏ธGuna kadar pertuturan yang perlahan.
โช๏ธGuna isyarat badan dan ekspresi muka untuk membantu mesej anda difahami.
โช๏ธGuna tulisan dan lukisan untuk menyokong apa yang anda cakap.
โช๏ธGuna soalan ya/tidak. Contohnya โAyah nak makan nasi?โ daripada โAyah nak makan apa?โ
3๏ธโฃ Membantu individu yang mengalami afasia dalam menyampaikan mesej/kehendak mereka
โช๏ธBeri masa untuk mereka luahkan apa yang mereka rasa.
โช๏ธGalakkan mereka menggunakan cara lain untuk membantu komunikasi (isyarat badan, penulisan atau lukisan).
โช๏ธLihat pada ekspresi muka dan fahami ekspresi muka mereka.
โช๏ธJika perbualan itu membuat mereka rasa kecewa, berhenti dan berbual balik tentang perkara itu kemudian.
โช๏ธBawa gambar yang biasa dilihat, majalah kegemaran, barang atau gambar yang mereka suka untuk berbual tentangnya.
โช๏ธTunggu respon mereka untuk memberi jawapan setelah soalan diajukan kepada mereka dengan sabar