
Pundi kencing kita mempunyai kapasiti sebanyak 300 โ 500 ml. Disebabkan keupayaan penyimpanan yang terhad, kita perlu ke tandas untuk membuang air sebanyak 6 hingga 10 kali dalam masa 24 jam.
Walau bagaimanapun, ada pesakit yang mengalami masalah untuk membuang air disebabkan penyakit atau kecederaan pada kawasan saluran urinari.
Oleh sebab itu, pesakit ini memilih untuk melakukan pemasangan tiub kencing untuk memudahkan mereka membuang air kecil.
Namun sering terjadi masalah ketika memakai tiub kencing ini, iaitu :
1๏ธโฃ Sekiranya air kencing tidak mengalir dalam tiub
Apa yang boleh dilakukan adalah :
โช๏ธPeriksa sama ada tiub tersepit atau terpintal
โช๏ธPesakit mungkin terduduk atau terbaring atas tiub
โช๏ธPastikan beg kencing berada di paras bawah pundi
2๏ธโฃ Sekiranya tiub terkeluar atau bocor
Apa yang boleh dilakukan adalah :
โช๏ธLetakkan tuala di bawah pesakit untuk melindungi perabot/tilam.
โช๏ธJangan cuba memasukkan tiub semula (kecuali pesakit/penjaga telah diajar). Sila dapat bantuan daripada anggota kesihatan.
โช๏ธPerhatikan untuk tanda kebocoran seperti tiada penambahan dalam jumlah air kencing dalam beg atau tiada kencing dalam beg selepas 6-8 jam atau tilam/ pakaian pesakit basah dengan air kencing.