5 Faktor Yang Menyebabkan Warga Emas Mengalami Delirium

‘Delirium’ adalah satu gejala kekeliruan dan kebingungan orientasi yang berlaku secara tiba-tiba atau akut (dalam jangka masa beberapa jam atau hari). ‘Delirium’ atau kekeliruan yang akut, bukanlah sejenis penyakit. Malah ia adalah satu sindrom klinikal (berciri oleh beberapa jenis gejala-gejala) yang berlaku akibat proses penyakit.

Kebiasaannya, ‘Delirium’di kalangan warga emas akan mengambil masa yang agak lama untuk pulih. Kebanyakan daripada pesakit yang mengalami delirium pulih sepenuhnya.

Banyak faktor mereka boleh mengalami delirium ini, antaranya:

1️⃣ Ubat-ubatan yang mereka ambil
Berkemungkinan mereka terambil lebih ubat-ubatan kerana terlupa. Oleh itu sila bawa sekali ubat-ubatan mereka apabila datang ke hospital untuk rujukan.

2️⃣ Jangkitan kuman
Tidak seperti golongan muda, demam tidak ketara simptomnya di kalangan warga tua. Mereka tidak dapat beritahu mereka ada demam sebaliknya cuma akan sebut, badan tak sedap atau kurang sihat. Jika tidak diberi tumpuan dan kuman melarat, mereka boleh mengalami delirium yang menunjukkan jangkitan sudah agak serius. Jangkitan kuman yang biasa pada warga emas adalah jangkitan pada saluran kencing, jangkitan paru2 dan juga jangkitan pada kulit di kawasan tersembunyi. Mereka mungkin malu untuk memberi tahu mereka mempunyai jangkitan di alat sulit atau tidak perasan kerana kawasan tersembunyi. Waris dan penjaga perlu peka dan perlu membawa mereka untuk pemeriksaan.

3️⃣ Masalah-masalah metabolik seperti kekurangan atau kelebihan gula dan sebagainya yang boleh diperiksa oleh doktor. Kegagalan buah pinggang dan hati serta tekanan darah yang terlalu tinggi juga boleh menyebabkan pesakit mengalami masalah perubahan tahap kesedaran (encephalopathy). Gangguan garam elektrolit dalam badan seperti kekurangan Natrium juga boleh menyebabkan delerium.

4️⃣ Cuaca dan keadaan persekitaran seperti terlalu panas atau terlalu sejuk juga boleh menyebabkan warga emas mengalami delerium.

5️⃣ Masalah pada otak yang sebenar seperti stroke, pendarahan pada otak, jangkitan meningitis atau meningoencephalitis, brain abscess dan pelbagai permasalahan otak lain yang memerlukan rawatan kecemasan serta kemasukan ke wad.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Ikuti kami:
    Hubungi
    ©2023 rawatanrumah.com - All rights reserved