Cara Berkomunikasi Dengan Ibu Ayah Bermasalah Nyanyuk

Peningkatan umur menjadikan tahap kesihatan ibu bapa turut merosot. Antara masalah yang kerap berlaku dalam kalangan golongan ini adalah nyanyuk.

Bagi anak yang menjaga ibu atau bapa dengan penyakit ini, pasti memerlukan kesabaran tinggi, namun sudah menjadi tanggungjawab kita tanpa mengira apa jua keadaan, kebajikan mereka perlu dijaga dengan sebaikbaiknya.

Berikut beberapa cara yang disarankan untuk berkomunikasi dengan ibu bapa bermasalah nyanyuk agar kedua-dua pihak gembira dan berpuas hati sekali gus memupuk hubungan harmoni dan sihat.

▪️ Belajar cara berinteraksi
Menambah baik kemahiran komunikasi dapat membantu penjaga atau anak mengurangkan tekanan dan membaiki kualiti hubungan dengan insan tersayang.

▪️ Tetapkan mood positif untuk berinteraksi
Guna ekspresi muka, nada suara dan sentuhan fizikal untuk bantu sampaikan mesej dan menunjukkan perasaan.

▪️ Dapatkan perhatian mereka
Sebelum bercakap, pastikan anda dapatkan perhatiannya, sebut nama atau panggilannya, perkenalkan diri dan hubungan anda dengannya serta guna isyarat bukan verbal dan sentuhan untuk kekalkan fokus mereka.

▪️ Sampaikan mesej secara jelas dan gunakan ayat yang mudah
Bercakap perlahan dan jelas, elakkan meninggi atau menguatkan suara.

▪️ Tanya soalan ringkas dan mudah dijawab
Tanya satu soalan pada satu masa dengan jawapan ya atau tidak adalah terbaik.

▪️ Dengar dengan pandangan, pendengaran dan hati
Bersabar menunggu jawapan insan tersayang. Jika mereka agak sukar beri jawapan, cadangkan mereka perkataan.

▪️ Ingatkan saat indah yang pernah dilakukan bersama
Mengingati masa lampau selalunya aktiviti yang menyenangkan mereka.

▪️ Kekalkan unsur jenaka
Gunakan jenaka apabila perlu, penghidap nyanyuk cenderung mengekalkan kemahiran sosial mereka dan biasanya merasa senang untuk ketawa bersama anda.

▪️ Bahagikan aktiviti anda kepada beberapa langkah atau bahagian
Anda boleh menggalakkan ibu atau bapa melakukan perkara yang dia boleh lakukan.

▪️ Sentiasa tunjukkan sikap prihatin
Elakkan daripada mengatakan mereka salah, sebaliknya beri sokongan dan keyakinan.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Ikuti kami:
    Hubungi
    ©2023 rawatanrumah.com - All rights reserved