Kenapa Warga Emas Mengalami Masalah Tidur ?

Setelah mencapai usia 65 tahun, kebanyakan individu boleh mengalami perubahan ketara dalam corak tidur. Ramai golongan warga emas tidur kurang daripada 8 jam semalam. Namun demikian jumlah keperluan jam untuk tidur berbeza antara satu sama lain

Sekiranya berlaku perubahan ketara pada kitaran bangun dan tidur seseorang, keadaan ini dipanggil insomnia atau kesukaran untuk tidur lena.

Insomnia adalah perasaan subjektif di mana seseorang itu merasakan bahawa beliau kekurangan tidur atau rasa tidak puas walaupun telah mendapat peluang untuk tidur dengan secukupnya.

Masalah tidur di kalangan warga emas adalah disebabkan oleh :
✅ Perubahan aras hormon badan
✅ Perubahan kitaran tidur

Buat masa ini tiada standard yang menyatakan bahawa jumlah jam tidur yang dianggap mencukupi bagi warga emas. Masalah tidur adalah berasaskan kepada keluhan seseorang itu mengenai ketidakcukupan tidur atau terdapat mengganggu kepada fungsi harian mereka.

Tanda tidur yang mencukupi adalah apabila seseorang itu bangun dari tidur dengan merasa bertenaga dan puas.

Fisiologi tidur berubah dengan peningkatan umur. Kanak-kanak biasanya memerlukan tidur
yang lebih banyak berbanding dengan orang dewasa.

Jadi bolehlah dikatakan bahawa insomnia bukanlah masalah jumlah jam seseorang itu tidur, tetapi setakat mana tidur itu dapat merehatkan diri dari segi fizikal dan minda.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Ikuti kami:
    Hubungi
    ©2025 rawatanrumah.com - All rights reserved