Kesan Baring Terlalu Lama Bagi Pesakit Terlantar

Baring yang terlalu lama pada satu-satu permukaan boleh menyebabkan kudis tekanan timbul pada bahagian yang terkena pada permukaan tersebut. Hal ini kerana, berpunca daripada berat badan yang lama duduk atas satu permukaan itu.

Apabila kekurangan pengaliran darah itu, akan menyebabkan otot menjadi mengecut dan jangkitan kuman pada kudis tekanan tersebut. Ini antara kesan yang pertama kita akan nampak jika baring atau duduk atau mengiring badan terlalu lama (2 minggu ke atas).

Tapi tahukah anda, terdapat beberapa lagi kesan lain selain kudis tekanan apabila pesakit baring terlalu lama, antaranya adalah :

1️⃣ Saraf menjadi keras (Susah untuk melakukan pergerakan)

Saraf keras mudah terjadi di bahagian sendi seperti lutut, buku lali atau tulang belakang. Apabila tiada pergerakan dilakukan, otot akan menjadi lemah dan boleh cenderung kepada otot untuk melakukan pergerakan menjadi ketat.

Apabila otot menjadi terlalu ketat boleh menyebabkan sendi tersebut menjadi ketat juga. Bila sendi sudah menjadi keras, orang tersebut akan mula rasa sakit. Sebagai contoh, untuk mengiring ke kiri atau kanan, akan rasa sakit sangat.

2️⃣ Masalah pernafasan

Orang yang baring terlalu lama boleh menyebabkan otot-otot pada bahagian paru-paru akan menjadi kecut dan susah untuk berkembang seperti biasa. Apabila bernafas dalam keadaan duduk dan berdiri agak berbeza dengan bernafas dalam keadaan baring.

Apabila kita baring, ruang pernafasan (paru-paru) untuk membuka tidak seluas seperti kita berdiri. Macam mana nak tahu jika pesakit tersebut mempunyai masalah pernafasan? Kita cuba bangunkan pesakit tersebut dan tarik nafas, kita hanya akan nampak bahu sahaja bergerak atas bukan dadanya.

3️⃣ Sakit belakang

Mula berasa sakit pada tulang belakang jika sering baring terlalu lama. Ini disebabkan tekanan berat badan kepada saraf. Pastikan pesakit selalu melakukan pergerakan bagi mengelakkan rasa sakit belakang ini.

4️⃣ Rasa lemah badan dalam tempoh lama

Apabila pesakit diminta untuk bangun dari katil, kita akan Nampak menggigil ketika cuba untuk bangun dari posisi baring.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Ikuti kami:
    Hubungi
    ©2025 rawatanrumah.com - All rights reserved