Peranan Pegawai Kerja Sosial Perubatan Pesakit Kepada Pesakit Strok

Pesakit strok biasanya akan mengalami gangguan emosi atas masalah yang disebabkan oleh penyakit strok. Sedih, bimbang, perasaan cemas, marah, tidak menerima penyakit yang dihidapi adalah beberapa gejala yang akan melambatkan proses pemulihan.

Sesetengah pesakit strok akan mengalami gangguan kemurungan utama yang perlu didiagnosa dan dirawat secepat mungkin. Sekiranya ini berlaku, ahli keluarga ataupun penjaga mereka perlu mendapatkan bantuan Pegawai Kerja Sosial Perubatan supaya sokongan terapi atau kaunseling dapat diberikan secepat mungkin.

Pegawai Kerja Sosial Perubatan bersedia mendengar luahan pesakit strok dengan cara yang tenang dan tidak menghukum. Membolehkan mereka mencari kelegaan dan berkongsi masalah yang dihadapi oleh pesakit strok.

Diharapkan pesakit strok akan beransur-ansur mengatasi halangan-halangan psikologi yang mungkin melambatkan pemulihan mereka secara keseluruhan.

Sokongan terapi juga diberikan kepada ahli keluarga yang mempunyai masalah untuk menghadapi atau menyesuaikan diri dengan tanggungjawab dan perubahan gaya hidup dalam menjaga seorang pesakit strok.

Pegawai Kerja Sosial Perubatan juga boleh memberikan panduan dan nasihat untuk mendapatkan pelbagai bantuan dari pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi pendaftaran orang kurang upaya, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang meliputi pelbagai manfaat keilatan dan sebagainya.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Ikuti kami:
    Hubungi
    ©2023 rawatanrumah.com - All rights reserved