
Masalah insomnia adalah biasa dikalangan warga emas. Kekerapan insomnia adalah 40-50% daripada warga emas berumur 60 ke atas dan lebih pada golongan wanita berbanding lelaki.
Sebab-sebab berlakunya insomnia adalah:
1️⃣ Penyusutan pada sel-sel otak
2️⃣ Pengurangan aliran darah ke otak
3️⃣ Penyakit seperti jangkitan kuman dalam air kencing atau paru-paru
4️⃣ Kesan sampingan ubat
5️⃣ Masalah emosi/ psikologikal
6️⃣ Ketidakupayaan fizikal
7️⃣ Perubahan kepada persekitaran seperti berpindah di tempat baru
8️⃣ Kekurangan aktiviti yang merangsangkan pada siang hari
Masalah tidur boleh dikenali melalui tanda-tanda berikut :
▪️ Sukar untuk melelapkan mata
▪️ Susah untuk mengekalkan kenyenyakan tidur
▪️ Terjaga lebih awal dari lazimnya
▪️ Masih merasa letih lesu keesokan pagi
▪️ Kerap terjaga diwaktu malam
Menangani masalah tidur boleh dilakukan secara:
1️⃣ Tanpa melibatkan penggunaan ubat:
👉 Doktor memerlukan maklumat lengkap mengenai punca kepada perubahan corak tidur sebelum sebarang cadangan dikemukakan
👉 Rekodkan corak tidur di dalam diari tidur seperti yang disyorkan doktor
👉 Amalkan latihan relaksasi sebelum masuk tidur
👉 Belajar teknik amalan tidur yang berkesan
👉 Kerap meminum susu sebelum tidur
👉 Elakkan menggunakan bilik tidur untuk aktiviti selain dari tidur dan hubungan kelamin
2️⃣ Rawatan menggunakan ubat khusus:
Doktor boleh membantu dengan memberi ubat khusus membantu anda tidur secara memuaskan.