Bagaimana Menjaga Ibu Bapa Di Usia Tua ?

Penjagaan warga emas memerlukan kesabaran dan sikap bertimbang rasa. Meskipun mencabar untuk menjaga orang tua anda yang jauh lebih berusia dan sudah bertahun hidup berdikari sendiri, panduan di bawah ini membantu anda memudahkan proses ini:

1️⃣ Terima perubahan peranan
Mula secara perlahan-lahan untuk memahami proses ini. Anda mungkin bersedih menyedari ketidakmampuan ibu bapa anda membuat keputusan. Bantu mereka sebaiknya sebagaimana mereka membantu anda menjalani fasa kedewasaan hidup anda.

2️⃣ Jangan mengharapkan balasan emosi
Jangan mengharapkan ibu bapa anda memberikan balasan emosi atas penjagaan yang anda lakukan. Lebih baik untuk tidak mempunyai jangkaan agar tidak kecewa, tetapi hargailah apabila mereka menzahirkan kasih sayang.

3️⃣ Bersabar dengan amarah mereka
Bayangkan semalam merekalah ketua keluarga yang membuat keputusan untuk anak-anak tetapi hari ini peranan mereka telah berkurang menjadi penerima, bukan lagi pemberi. Jadi, anda patut lebih memahami jika rasa geram mereka dizahirkan dengan amarah terhadap diri anda.

4️⃣ Berikan mereka autonomi
Berikan mereka pilihan, bukan arahan. Ini penting untuk memberikan mereka perasaan seperti mereka masih berhak menentukan hidup mereka, bukan anda.

5️⃣ Minta nasihat mereka
Anda mungkin tidak mengikuti nasihat yang mereka anjurkan, tetapi pertanyaan anda sudah cukup membuatkan mereka berasa lebih dihargai.

6️⃣ Kenalpasti kemerosotan kesihatan mereka
Masalah emosi mereka yang kadangkala tidak menentu barangkali sudah anda ketahui. Tetapi perhatikan masalah kognitif seperti kesukaran mengingati perkara, lupa arah pulang ke rumah, masalah kemurungan, resah-gelisah dan sebagainya.

7️⃣ Dapatkan bantuan orang lain
Anda mungkin mendapati ibu bapa anda lebih selesa berhubung dengan pasangan anda berbanding dengan anda. Jangan mudah terasa, dan biarkannya. Ini mungkin berlaku kerana ibu bapa anda tidak terasa seperti mengalami perubahan peranan dengan pasangan anda.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Ikuti kami:
    Hubungi
    ©2023 rawatanrumah.com - All rights reserved