Penjaga Harus Memiliki Kemahiran Untuk Berikan Perkhidmatan Terbaik

Bermula dari tahap bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa sehinggalah ke peringkat tua. Seterusnya proses penuaan ini akan mempengaruhi perubahan fizikal, emosi, kognitif, tingkah laku dan sosial seseorang. Proses ini akan menyebabkan setiap fungsi atau keadaan diri seseorang berubah atau semakin berkurangan.

Sebagai contoh, impak penuaan menyebabkan individu akan kehilangan atau tidak dapat mengekalkan keseimbangan badan sehingga kesihatan menjadi merosot. Misalnya mula sakit badan dan lutut, mudah pelupa atau nyanyuk.

Persoalannya kepada siapakah tanggungjawab menjaga warga emas ini? Ini kerana penjagaan warga emas dianggap sebagai sesuatu yang sangat penting terutama dalam negara sedang menuju negara tua menjelang 2030.

Dengan pelbagai cabaran terutama anak-anak yang masih bekerja serta ragam di pihak warga emas sendiri, menjadikan penjagaan warga emas sebagai sesuatu yang sangat sukar dan mencabar.

Malah pelbagai kisah dipaparkan di media ada dalam kalangan penjaga mengalami tekanan perasaan apabila berhadapan ibu bapa yang berpenyakit dan demensia. Justeru penjaga haruslah memiliki kemahiran agar dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada warga emas.

Kemahiran asas penjagaan warga emas menjadi kunci utama untuk menjadi seorang penjaga yang berkualiti. Ini kerana ia mampu menjadikan penjaga bersedia dengan sebarang kemungkinan atau situasi yang berlaku kepada warga emas yang dijaga mereka.

Selain itu persediaan mental dan fizikal adalah satu keperluan wajib yang amat dititikberatkan bagi mana-mana penjaga warga emas.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Ikuti kami:
    Hubungi
    ©2023 rawatanrumah.com - All rights reserved