6 FAKTOR MASALAH BERJALAN BAGI WARGA EMAS

Seramai 35% peratus warga emas berumur 70 tahun dan ke atas mengalami masalah berjalan. Masalah berjalan melibatkan banyak faktor contohnya, kelajuan berjalan berkurangan, kehilangan keseimbangan dan koordinasi pergerakan.

Untuk warga emas, kelajuan berjalan, masa bangun dari posisi duduk dan kebolehan untuk menyeimbangkan badan adalah petunjuk penting pada kebolehan warga emas melakukan aktiviti seharian seperti membeli-belah, memandu, memasak dan lain-lain.

Kebolehan untuk berjalan tanpa bantuan memerlukan daya tumpuan yang baiki, kekuatan dan kawalan otot yang berkesan agar ransangan deria rasa dan pergerakan otot dapat dikoordinasi dengan baik.

Masalah berjalan di kalangan warga emas selalunya disebabkan oleh pelbagai faktor. Antara penyakit-penyakit yang boleh menyebabkan gangguan atau ketidakseimbangan adalah:

1️⃣ Penyakit neurodegeneratif seperti Penyakit Parkinson, angin ahmar, penyakit cerebelar dan nyanyuk.

2️⃣ Masalah otot dan tulang seperti perubahan degeneratif pada sendi buku lali, lutut atau pinggung dan menjadi bongkok.

3️⃣ Kekurangan deria rasa seperti masalah penglihatan.

4️⃣ Kesan sampingan ubat-ubatan dan alkohol.

5️⃣ Masalah psikiatrik seperti takut jatuh.

6️⃣ Sebab-sebab lain seperti kecederaan.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Ikuti kami:
    Hubungi
    ©2023 rawatanrumah.com - All rights reserved