RAWATAN MASALAH BERJALAN BAGI WARGA EMAS

Bagi warga emas, peningkatan aktiviti fizikal boleh membantu mengekalkan kebolehan bergerak. Pesakit perlu dinasihatkan untuk meningkatkan kelajuan dan tempoh berjalan secara beransur-ansur dalam beberapa bulan.

Doktor akan mengenalpasti sebanyak mungkin faktor-faktor penyumbang terhadap masalah berjalan.

Diagnosa boleh dikenalpasti melalui cara :

👉 Perbincangan dengan doktor mengenai segala kerisauan dan masalah berkaitan pergerakan/mobility. Sasaran mengenai apa yang boleh dan perlu dicapai juga akan dibincangkan.
👉 Doktor juga akan membuat pemerhatian ke atas cara anda berjalan sama anda dengan atau tanpa alat bantuan .
👉 Penilaian ke atas semua masalah berkaitan.

Rawatan adalah bergantung kepada masalah yang telah dikenalpasti dan terdiri daripada rawatan fisioterapi, ubat-ubatan dan terapi tingkahlaku. Sesetengah intervensi boleh menyebabkan penambahbaikan cara berjalan dan fungsi warga emas, contohnya:

1️⃣ Latihan kekuatan
Program senaman boleh membantu warga enas yang mempunyai masalah pergerakan. Senaman boleh meningkatkan kekuatan dan kelajuan berjalan, terutamanya untuk warga emas dengan pergerakan yang perlahan. Walaubagaimanapun, ini perlu dilakukan secara berhati-hati dan perlahan-lahan disebabkan warga emas juga mungkin mempunyai penyakit lain termasuklah penyakit jantung.

2️⃣ Latihan keseimbangan
Pesakit warga emas dengan masalah keseimbangan boleh mendapat faedah dengan latihan keseimbangan. Latihan keseimbangan merupakan latihan yang paling penting untuk mengurangkan risiko jatuh di kalangan warga emas.

3️⃣ Alat-alat bantuan
Alat-alat bantuan boleh menolong warga emas mengekalkan keupayaan bergerak dan meningkatkan kualiti hidup mereka. Jurupulih carakerja terlibat dalam pemilihan dan latihan penggunaan alat bantuan contohnya tongkat.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Ikuti kami:
    Hubungi
    ©2023 rawatanrumah.com - All rights reserved