5%-10% Warga Emas Yang Hidup Tanpa Bantuan Mmepunyai Masalah Susah Menelan

Susah menelan bermaksud seseorang itu mengalami kesukaran semasa menelan makanan. Ia termasuklah perasaan di mana makanan tersekat di bahagian kerongkong atau di antara kerongkong dan perut.

Masalah susah menelan lebih kerap terjadi di kalangan warga emas. Kira-kira 5% hingga 10% daripada warga emas yang hidup tanpa bantuan mempunyai masalah susah menelan.

Sebab-sebab Susah Menelan :

1️⃣ Masalah-masalah seperti makan dengan terlampau cepat, menggigit makanan yang terlalu besar saiznya, gigi palsu yang tidak sesuai atau gigi yang telah longgar atau hilang, tidak minum air semasa makan atau berbaring semasa makan boleh menyebabkan masalah susah menelan.

2️⃣ Warga emas dengan penyakit nyanyuk mungkin tidak tahu cara mengunyah makanan atau lupa menelan.

3️⃣ Makanan dan benda asing mungkin menyekat saluran esofagus.

4️⃣ Ketumbuhan bukan kanser atau kanser di saluran esofagus boleh menyekat sebahagian atau sepenuhnya saluran esofagus.

5️⃣ Penyakit yang boleh merosakkan otot, saraf atau otak yang melibatkan proses menelan boleh menyebabkan masalah susah menelan, contohnya:
👉 Angin ahmar adalah paling kerap di kalangan warga emas. Kira-kira 30% daripada pesakit yang mendapat angin ahmar menghadapi masalah susah menelan.
👉 Penyakit neurologi yang lain seperti Penyakit Parkinson boleh menyebabkan masalah susah menelan.
👉 Ubatan tertentu seperti Phenothiazines (sejenis ubat untuk penyakit sakit jiwa) boleh menyebabkan masalah susah menelan kerana ubat ini boleh mempengaruhi otot kerongkong.

Terdapat penyakit yang boleh menyekat esofagus dengan menekan dari luar, contohnya:
✅ Penyakit jantung mungkin menyebabkan sebahagian daripada jantung membengkak dan menekan pada esofagus
✅ Kanser, biasanya kanser paru-paru dan
✅ Pembengkakan kelenjar tiroid boleh menekan pada esofagus.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Ikuti kami:
    Hubungi
    ©2023 rawatanrumah.com - All rights reserved