Penjagaan Kulit Prenium (Sekitar Punggung)

Penjagaan kulit sekitar punggung melibatkan pembersihan kulit di sekitar bahagian kemaluan dan dubur. Ia seharusnya dilakukan sekurang-kurangnya sekali sehari, contohnya semasa mandi atau mengelap badan.

Ia seharusnya dilakukan dengan lebih kerap jika pesakit tidak dapat mengawal pembuangan air kencing dan air besar. Ini penting untuk mencegah penyakit kulit dan bau yang kurang menyenangkan serta menambah keselesaan pesakit.

Pastikan anda mencuci tangan, gunakan sarung tangan dan sentiasa menghormati pesakit dan prihatin semasa melakukan penjagaan ini.

▪️ Untuk Pesakit Perempuan :

1️⃣ Penuhkan baldi dengan air suam yang bersih.
2️⃣ Posisikan pesakit secara berbaring terlentang.
3️⃣ Letakkan cadar kalis air atau cadar tambahan di atas katil pesakit.
4️⃣ Mula mula Cuci bahagian kemaluan bermula dari bahagian lubang kencing denganCara mengelap dari atas ke bawah di sebelah kiri dan kanan sehingga bahagian tersebut betul-betul bersih.
5️⃣ Selepas itu, bilaskan kain dengan air atau guna kain yang baru untuk membersih bahagian pangkal paha. Cuci bahagian pangkal paha bermula dari bahagian hadapan kemaluan kearah bawah menghala ke bahagian dalam pangkal paha sehingga bersih.. Kemudian bilaskan kain dengan air untuk cucian seterusnya. Seterusnya baringkan pesakit pada kedudukan sisi dan mulakan pembersihan bahagian punggung dan dubur.
6️⃣ Keringkan bahagian-bahagian yang telah dibersihkan terutamanya bahagian dubur.

▪️ Untuk Pesakit Lelaki :

1️⃣ Penuhkan baldi dengan air suam yang bersih.
2️⃣ Posisikan pesakit secara berbaring.
3️⃣ Letakkan cadar kalis air atau cadar tambahan di atas katil pesakit.
4️⃣ Bersihkan bahagian kemaluan (zakar) dari hujung ke pangkal sebelum ke bahagian testes (buah zakar).
5️⃣ Selepas itu, bersihkan kain sebelum memulakan pembersihan bahagian pangkal paha dan betis .
6️⃣ Baringkan pesakit secara sisi dan bersihkan kain sekali lagi sebelum memulakan pembersihan bahagian punggung dan dubur.
7️⃣ Keringkan bahagian-bahagian yang dibersihkan.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Ikuti kami:
    Hubungi
    ©2023 rawatanrumah.com - All rights reserved