Tips Menjaga Orang Tua Yang Pelupa

Menjaga ibu bapa yang sihat dan sudah berusia menjadi situasi biasa terutama bagi anak-anak yang tinggal di bandar. Namun bagaimana sekiranya anda diberikan peluang menjaga ibu bapa yang pelupa?

Sebenarnya banyak perkara yang boleh anda lakukan untuk membantu dan menyokong ibu bapa yang sudah pelupa ini. Perkara pertama adalah anda perlu memahami keadaan kesihatan mental mereka. Adakah ia tahap ringan, sederhana atau teruk. Di sinilah pentingnya ibu atau bapa dirujuk ke hospital agar penjagaan yang lebih baik dapat diberikan.

Berikut beberapa cara penjagaan ibu bapa yang berhadapan dengan masalah pelupa atau nyanyuk :

1️⃣ Pentingnya tahu cara berinteraksi
Menambah baik kemahiran komunikasi dapat membantu penjaga atau anak mengurangkan tekanan dan membaiki kualiti hubungan dengan insan tersayang.

2️⃣ Bahasa tubuh dan percakapan yang positif
Sebenarnya sikap dan bahasa tubuh adalah lebih kuat menyatakan sesuatu berbanding kata-kata. Oleh itu sentiasa dalam mood positif apabila berhadapan dengan ibu bapa.

3️⃣ Dapatkan perhatian mereka
Sebut nama mereka atau nama panggilan seperti nenek, mama atau ibu. Pastikan anda memperkenalkan diri anda dan nama panggilan anda.

4️⃣ Gunakan ayat yang mudah
Elakkan pertanyaan yang memerlukan jawapan panjang atau beri terlalu banyak pilihan.

5️⃣ Bersabar
Jika pertanyaan anda tidak dijawab bersabar menunggu jawapan. Jika mereka agar sukar beri jawapan, cadangkan mereka perkataan.

6️⃣ Bijak memujuk
Cuba pujuk menggunakan kata-kata yang lembut. Jangan sesekali meninggikan suara. Namun sekiranya ibu atau bapa bertindak agresif anda harus cuba menenangkan mereka.

7️⃣ Peluk dan puji
Elakkan daripada mengatakan mereka salah, sebaliknya beri sokongan dan keyakinan. Kadang kala dengan memegang tangannya, memeluknya dan memujinya akan merangsang ibu atau bapa membalas percakapan anda.

8️⃣ Layan seperti anak-anak
Ada sesetengah penghidap Demensia bersiap seperti kanak-kanak. Layankan sahaja. Ajak mereka bermain anak patung, melukis atau mewarna sekiranya mereka dalam situasi anak-anak. Jika selepas itu mereka berada dalam mood normal anda perlu berada dalam situasi mereka dan bercakap secara normal. Ini kerana mereka akan marah atau boleh bertindak agresif sekiranya kemahuan mereka tidak dilayan.

Anda mungkin tertekan atau berasa sangat letih melayan kerenah ibu bapa yang nyanyuk. Ingatlah besarnya pahala dan ganjaran yang Allah berikan. Terus lakukan amalan baik ini dengan niat kerana Allah. Pasti jika bukan di dunia ganjaran besar di akhirat yang Allah sudah janjikan. Jangan terus mengalah dan terus menjaga ibu bapa anda dengan ikhlas dan sabar.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Ikuti kami:
    Hubungi
    ©2023 rawatanrumah.com - All rights reserved