Pelan Pemakanan Untuk Warga Emas Yang Pelupa

Demensia adalah sekumpulan gejala yang membabitkan fungsi otak termasuk ingatan dan pemikiran. Oleh itu individu yang mengalami demensia memerlukan makanan tertentu dan sesuai bagi membolehkan mereka lebih sihat.

Justeru dalam setiap hidangan pastikan menambah lebih banyak serat. Jika ada ibu bapa mempunyai diabetes, sakit buah pinggang atau darah tinggi hidangan yang anda sediakan juga perlu turut berubah misalnya diet diabetes, buah pinggang atau diet rendah karbohidrat.

Pelan pemakanan untuk warga emas :

1️⃣ Serat
Gejala demensia yang paling kerap memberi kesan kepada warga emas ialah sembelit. Justeru pengambilan makanan mengandungi serat adalah sangat penting.

2️⃣ Makan sikit tetapi kerap
Pastikan makanan disediakan dalam saiz yang kecil. Misalnya hidangan yang selama ini untuk sekali makan tetapi disediakan dalam tiga hidangan.

3️⃣ Lebihkan perisa dalam hidangan
Orang tua biasanya mempunyai sedikit air liur. Ini akan mengganggu cara mereka mengunyah dan menelan makanan. Jadi tambahkan sos atau kuah pada hidangan agar rasa sos ini dapat membantu merangsang deria rasa sekaligus memberikan nutrisi tambahan dan kalori.

4️⃣ Makanan lembut
Mereka yang ada demensia akan mengalami kesukaran menelan, atau dikenali sebagai dysphagia. Ia berbahaya kerana boleh menyebabkan tercekik makanan atau cecair masuk ke dalam paru-paru. Pastikan sayuran dipotong kecil manakala ayam dan daging dimasak sehingga lembut.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Ikuti kami:
    Hubungi
    ©2023 rawatanrumah.com - All rights reserved