Pesakit Terlantar Memerlukan Sokongan & Perhatian Yang Berterusan

Pesakit terlantar merujuk kepada individu yang memerlukan penjagaan jangka panjang disebabkan oleh keadaan kesihatan yang serius atau kecederaan yang membataskan pergerakan mereka.

Keadaan ini boleh disebabkan oleh pelbagai faktor seperti strok, kecederaan tulang belakang, penyakit kronik, atau komplikasi selepas pembedahan. Bagi pesakit yang terlantar, mereka bukan sahaja menghadapi cabaran fizikal, tetapi juga cabaran emosi, yang memerlukan perhatian dan sokongan yang berterusan.

1️⃣ Kesan Fisik Pesakit Terlantar
▪️ Bagi pesakit yang terlantar, kehilangan kemampuan untuk bergerak atau berdiri untuk jangka masa panjang memberi impak besar terhadap kesihatan fizikal mereka.
▪️ Antara masalah fizikal yang biasa dihadapi adalah :
✅ Penurunan kekuatan otot yang boleh menyebabkan atrofi otot (kerosakan otot akibat kekurangan penggunaan)
✅ masalah peredaran darah, serta peningkatan risiko jangkitan seperti ulser tekanan (bedsores).
✅ Berisiko mengalami kesukaran pernafasan dan masalah pencernaan, kerana mereka tidak dapat mengubah posisi tubuh secara bebas.

2️⃣ Kesan Emosi dan Psikologi
Pesakit terlantar sering kali berdepan dengan cabaran emosi yang besar. Keadaan ketidakupayaan untuk menjalani kehidupan seperti biasa boleh menyebabkan mereka merasa kecewa, marah, atau tertekan. Mereka juga boleh merasa kesepian dan terasing, terutamanya jika jarang menerima kunjungan atau sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan. Dalam jangka masa panjang, perasaan ini boleh menyebabkan masalah depresi dan kecemasan, yang mengurangkan kualiti hidup pesakit.

3️⃣ Pentingnya Sokongan Keluarga dan Penjagaan Profesional
Bagi membantu pesakit terlantar mengharungi cabaran ini, sokongan dari ahli keluarga dan penjagaan profesional sangat penting. Kehadiran ahli keluarga yang memberi perhatian dan kasih sayang dapat mengurangkan perasaan kesepian serta memberi semangat kepada pesakit. Selain itu, penjagaan profesional seperti jururawat atau ahli fisioterapi yang berpengalaman dalam merawat pesakit terlantar boleh membantu memastikan keselesaan pesakit, memantau kesihatan fizikal mereka, serta memberikan sokongan emosi yang diperlukan.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Ikuti kami:
    Hubungi
    ©2023 rawatanrumah.com - All rights reserved