Ulser tekanan atau bedsores berkembang secara berperingkat, bermula dengan kemerahan pada kulit hingga menjadi luka dalam yang serius. Setiap tahap memerlukan rawatan yang berbeza untuk mengelakkan jangkitan dan mempercepatkan penyembuhan.
Tahap Ulser Tekanan & Cara Merawatnya :
1️⃣ 𝐓𝐚𝐡𝐚𝐩 𝟏 (𝐊𝐞𝐦𝐞𝐫𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐥𝐮𝐤𝐚 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐮𝐤𝐚)
Pada tahap ini, kulit kelihatan merah tetapi belum luka. Jika dirawat awal, ulser tekanan boleh dicegah daripada menjadi lebih teruk.
✔️ Cuci kawasan dengan air suam dan sabun lembut
✔️ Sapukan pelembap atau krim pelindung kulit untuk mengelakkan kekeringan
✔️ Pastikan pesakit tidak berbaring terlalu lama di kawasan tersebut – ubah posisi setiap 2-3 jam
2️⃣ 𝐓𝐚𝐡𝐚𝐩 𝟐 (𝐋𝐮𝐤𝐚 𝐤𝐞𝐜𝐢𝐥 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐦𝐞𝐥𝐞𝐩𝐮𝐡)
Kulit mula pecah atau melepuh, dan ada sedikit luka terbuka. Pada tahap ini, penjagaan luka yang betul sangat penting.
✔️ Cuci luka dengan air garam suam (NaCl 0.9%) atau antiseptik lembut
✔️ Sapukan krim antibiotik jika disyorkan oleh doktor
✔️ Gunakan pembalut steril untuk melindungi luka dan tukar setiap hari
3️⃣ 𝐓𝐚𝐡𝐚𝐩 𝟑 (𝐋𝐮𝐤𝐚 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦, 𝐭𝐢𝐬𝐮 𝐥𝐞𝐦𝐚𝐤 𝐦𝐮𝐥𝐚 𝐤𝐞𝐥𝐢𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧)
Luka semakin dalam, dan tisu di bawah kulit mula terdedah. Ini meningkatkan risiko jangkitan.
✔️ Bersihkan luka dengan larutan antiseptik untuk membunuh bakteria
✔️ Gunakan krim luka khas seperti hydrogel atau silver sulfadiazine untuk mempercepatkan penyembuhan
✔️ Balut dengan pembalut khas (contoh: foam dressing atau hydrocolloid)
✔️ Tukar balutan setiap 24-48 jam, bergantung kepada keadaan luka
4️⃣ 𝐓𝐚𝐡𝐚𝐩 𝟒 (𝐋𝐮𝐤𝐚 𝐬𝐚𝐧𝐠𝐚𝐭 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦, 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐧𝐚𝐦𝐩𝐚𝐤 𝐨𝐭𝐨𝐭 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐭𝐮𝐥𝐚𝐧𝐠)
Ini adalah tahap paling serius, di mana luka sangat dalam dan mungkin sampai ke otot atau tulang.
❌ Keadaan ini memerlukan rawatan perubatan segera! Jangan cuba merawat sendiri di rumah kerana risiko jangkitan sangat tinggi.