
Sebagai penjaga, memastikan kebajikan dan keselesaan orang tersayang yang terlantar di katil adalah tanggungjawab yang besar. Salah satu cabaran yang sering dihadapi ialah masalah pencernaan. Jangan risau, kami ada beberapa langkah yang boleh membantu! โ
๐. ๐๐๐ค๐๐ง๐๐ง ๐ฒ๐๐ง๐ ๐๐๐ญ๐ฎ๐ฅ ๐ฝ
Pastikan diet mereka seimbang dan kaya dengan serat. Sayur-sayuran hijau, buah-buahan, dan bijirin penuh membantu mempercepatkan proses pencernaan.
๐. ๐๐ฎ๐ค๐ฎ๐ฉ ๐๐ข๐ซ ๐ง
Pengambilan air yang mencukupi adalah penting. Pastikan mereka minum air secukupnya untuk membantu mengelakkan sembelit.
๐. ๐๐จ๐ฌ๐ข๐ฌ๐ข ๐ฒ๐๐ง๐ ๐๐๐ฅ๐๐ฌ๐ ๐
Mengubah posisi mereka secara berkala boleh meningkatkan peredaran darah dan merangsang pencernaan. Anda boleh mengangkat bahagian kaki atau badan mereka dengan bantal untuk memberikan keselesaan tambahan.
๐. ๐๐๐ซ๐๐ข๐ง๐๐๐ง๐ ๐๐๐ง๐ ๐๐ง ๐๐จ๐ค๐ญ๐จ๐ซ ๐ฉบ
Sekiranya masalah berterusan, jangan ragu untuk mendapatkan nasihat dari doktor atau pakar pemakanan. Mereka dapat memberikan panduan yang lebih spesifik berdasarkan keperluan individu.
Sebagai penjaga, anda tidak sendirian. Menghadapi masalah pencernaan pesakit terlantar mungkin mencabar, tetapi dengan langkah-langkah ini dan sedikit cinta , anda dapat memberikan yang terbaik untuk mereka. Ingat, “Kami Jaga Penjaga!”