Menjaga Orang Sakit Bukan Tugas Mudah

BERDEPAN tanggungjawab menjaga ahli keluarga yang terlantar sakit bukanlah satu tugas mudah.
Keadaan ini memberi impak yang besar pada tenaga, kewangan dan emosi primary caregiver. Jangan segan untuk mendapatkan bantuan ahli keluarga atau rakan tidak kira bantuan tenaga atau duit. Berkongsilah pengalaman dengan rakan yang juga sedang menjalani perkara yang sama.
Bagi ahli-ahli keluarga yang lain yang tidak menjadi primary caregiver atas apa jua sebab, tanggungjawab anda termasuklah:
1️⃣ Ambil Alih Tugas
Berusaha untuk mengambil alih tugasan primary caregiver walaupun sekejap. 2 atau 3 bulan sekali, ambil alih selama 1 atau 2 minggu sekurang-kurangnya untuk memberi rehat kepada yang telah penat. Ambil cuti jika bekerja.
2️⃣ Bantu Dari Sudut Kewangan
Lampin, susu, peralatan perubatan, sewa ambulans, bayaran jururawat swasta, bayaran pembantu rumah, semuanya memerlukan wang. Perlu juga ingat primary caregiver selalunya tidak dapat bekerja.
3️⃣ Fahami Kesusahan Primary Caregiver.
Dengar luahan hati mereka dan jangan mengkritik atau menyindir cara jagaan mereka. Tolong mereka mendapatkan bantuan jika anda sendiri tidak dapat membantu.
Dengan cara itu, PENJAGA tidak merasa sangat terbeban kerana mendapat sokongan dari ahli keluarga dalam menjaga pesakit.






