Bila Pesakit Tak Lagi Makan Seperti Biasa

Ada hari pesakit boleh makan dengan baik, tapi ada juga hari di mana suapan pun ditolak 😔
Situasi ini memang mencabar dalam rutin penjagaan harian. Bila pengambilan makanan berkurang, badan jadi cepat lemah, tenaga menurun, dan risiko kesihatan lain boleh meningkat tanpa disedari.
Kadang-kadang bukan kerana pesakit tidak mahu makan, tetapi mungkin disebabkan rasa letih, sakit, atau kesukaran untuk menelan. Ada juga keadaan di mana 𝐬𝐞𝐥𝐞𝐫𝐚 𝐦𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐡𝐢𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐞𝐫𝐚𝐧𝐚 𝐟𝐚𝐤𝐭𝐨𝐫 𝐞𝐦𝐨𝐬𝐢 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐤𝐞𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤𝐬𝐞𝐥𝐞𝐬𝐚𝐚𝐧 yang tidak dapat diluahkan.
Dalam situasi seperti ini, penjagaan perlu lebih sabar dan fleksibel. Setiap pesakit mempunyai keadaan yang berbeza, dan apa yang berkesan pada satu hari mungkin tidak berkesan pada hari yang lain.
Kadang-kadang walaupun sudah cuba pelbagai cara, hasilnya tetap sama. Tapi di situ sebenarnya perlukan lebih pemerhatian..mungkin pesakit hanya mampu makan sedikit, atau perlu masa lebih lama untuk habiskan makanan. Perkara kecil seperti suasana semasa makan, cara suapan, atau jenis makanan juga boleh memberi kesan besar tanpa disedari 🤍
Sebab itu, proses memberi makan sering menjadi satu cabaran yang memerlukan perhatian, kepekaan, dan masa yang lebih perlahan.






