Tanda-Tanda Masalah Menelan Bagi Pesakit Strok

Menelan adalah aktiviti rumit yang melibatkan koordinasi beberapa otot supaya makanan dan cecair dapat turun dengan cara yang betul ke dalam perut pesakit strok.
Selepas terkena strok, otot-otot mungkin terjejas, menyebabkan pesakit menghadapi masalah untuk menelan. Menelan juga boleh menjadi berbahaya. Apabila pesakit makan atau minum sesuatu, ia boleh masuk ke saluran udara dan menyebabkan jangkitan pada dada, tercekik, radang paru-paru, kekurangan zat makanan, dehidrasi, atau penurunan berat badan.
Pesakit strok yang mengalami masalah menelan akan menunjukkan tanda-tanda seperti :
โช๏ธAir liur meleleh di bahagian muka yang lemah
โช๏ธKurang selera makan
โช๏ธMakanan berbaki di dalam mulut selepas menelan
โช๏ธSukar/ lambat untuk menelan
โช๏ธMenelan makanan beberapa kali untuk bolus yang kecil
โช๏ธTersedak/ terbatuk sebelum/ketika/ selepas menelan
โช๏ธKerap berdehem selepas menelan
โช๏ธKeletihan ketika/ selepas makan
โช๏ธMengambil masa yang lama mengunyah/menghabiskan makanan
โช๏ธSuara berubah kebasahan selepas makan atau minum
โช๏ธHilang berat badan secara mendadak
โช๏ธKerap mengalami jangkitan paru-paru
Pesakit strok yang mempunyai masalah menelan perlu menjalani penilaian yang akan dijalankan oleh Terapis Pertuturan-Bahasa.






